"Semoga Syawal yang bakal menjelang memberi rahmat untuk kita "
Friday, September 18, 2009
Thursday, September 17, 2009
xxxxxxxvii - Happy 25th Birthday My Lil Sis
semoga sentiasa dilimpahi rahmat Ilahi
&
semoga segala impian menjadi realiti
ucu & along kat Batu Feringgi - 030508
time ni along baru 6 months
Labels:
birthday
xxxxxxxvi - Avent ISIS
Akhirnya setelah 2 minggu mummy berhempas-pulas
berpikir, mengkaji & menganalisis
setelah meneliti stok ebm yg tinggal 4 5 bekas jer lg kat dlm fridge tu,
ader kot dlm 15oz jer lg... huhu...
maka benda alah ini menjadi milik mummy jugak...
jeng.. jeng.. jeng...
!
!
!
!
!
mummy rembat breast pump ni lak dgn harga RM189.90 kat Butik Anakku Star Parade.
(dengan harapan pump ni dpt mengeluarkan susu dgn efektif.)
so, semalam after sterilised all the components n study the manual book,
kengkununnya nak test drive la dulu kan. time tu dah kul 130am.
lewat dah baru leh test drive sbb along & adik pakat2 tido kul 1 lebih dah.
alhamdulillah, tak sampai 15minit pun dah dpt 1oz.
kira orait la tu sbb before tu taktau baper banyak kali dah adik dok sedut susu tu.
then, performance pun ok n i'm satisfied from my view for the 1st time guna pam avent ni.
mmg comfort compared to medela.
why i change from medela swing to Avent Isis?
sbb mummy dok rasa breast cm penuh ngan susu. siap rasa engorged lg.
tp biler pam ngan medela swing tu, wait sampai 2jam pun br dpt 2oz jer..
sbb breast tak terasa suction dia. camner leh nk let down susu kan..
so, daripada mengalah n biarkan sampai susu kehabisan stok n
worth case is adik kener change to formula milk before reach 1 year,
better mummy buat last investment kan..
and finally...
hasil mengepam kul 10am pg td - 4oz
~ happy & bersyukur sgt ~
hasil mengepam kul 1430 - another 4oz
~bertambah2 happy & bersyukur sgt222 ~
alhamdulillah, pelaburan mummy mmg berbaloi utk hari pertama ni.
mcm tak caya lak mummy leh produce 8oz dalam hari-hari posa ni.
sbbnya sejak bulan 8 lg tak mampu nk stock up for ebm.
tiap2 ari dok pam time b4 puasa pun leh takat 5 6oz jer.
so, pam pun mmg contribute gak pada hasil susu ni.
hopefully, time cuti raya 1 week nnt mummy manage utk stock up balik stock ebm.
another 15months to go before adik reach 2years old.
semoga rezeki adik melimpah ruah.. InsyaAllah..
chaiyok! chaiyok!!!
Labels:
breastfeeding
Monday, September 7, 2009
xxxxxxxv - 'Amanah Allah'
Sabda Rasulullah SAW :
"Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah.
Kedua orang tuanyalah yang menjadikannya nasrani, yahudi atau majusi."
Kata-kata seorang pakar psikologi kanak-kanak yang selari dengan sabda Rasulullah SAW : "
Berikan kepada saya 10 orang bayi yang sihat...
dan saya akan jadikan mereka Peguam, Doktor, Pencuri atau Peminta Sedekah".
Moral : kanak-kanak mampu dibentuk menjadi apa sahaja...
Langkah yang digariskan oleh Rasulullah SAW yang menyatakan ada empat tahap mendidik anak iaitu:
- TAHAP PERTAMA - Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (~6 tahun). Hendaklah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang.
- TAHAP KEDUA - Anak berumur 7 tahun sehingga baligh (~14 tahun). Hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, displin dan beri tanggungjawab.
- TAHAP KETIGA - Anak berusia 15 tahun hingga dewasa (~21 tahun). Hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi tidak bertentangan dengan syariat.
- TAHAP KEEMPAT - Anak berusia lebih daripada 21 tahun. Hendaklah para ibu bapa memberi mereka kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat. Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakan mereka terkawal.
Begitulah pendekatan yang digunakan oleh junjungan besar kita. Malah kita semua sedia maklum bahawa Rasulullah SAW merupakan seorang insan yang sangat-sangat kasihkan kanak-kanak.
Elak daripada memarahi atau menjerit pada anak kerana ini tidak akan membantu. Sebaliknya ia akan memberikan kesan yang buruk terhadap perkembangan psikologi anak-anak yang ditengking dan dijerit itu. Berbuallah dengan anak dan terangkan kenapa dia tak boleh atau tidak dapat melakukan sesuatu. Jika anak mengamuk kerana tidak dapat melakukan sesuatu tugasan atau permainan, cuba beri tugasan atau permainan lebih mudah atau bantu anak untuk mencapai objektifnya. Memberi pelukan dan ciuman kasih sayang juga membantu.

Kesimpulan
Lengkapkan diri kita dengan ilmu untuk menjadi ibu bapa yang terbaik
untuk "amanah Allah" yang telah dikurniakan kepada kita.
Ia boleh ditimba melalui buku-buku, kursus keibu bapaan pelbagai sumber lain.
Peningkatan ilmu ini perlu sebagai pelaburan kita
untuk melindungi dan menyuburkan aset paling berharga...
iaitu anak-anak kita.
Yakin dan percayalah...
anak yang cemerlang lahir dari ibu bapa yang cemerlang
INSYAALLAH..
Dari Abu Hurairah r.a., katanya:
Rasulullah s.a.w. mencium Hasan bin Ali. Ketika itu disampingnya duduk Aqra' bin Habis. Al Aqra' berkata: "Saya mempunyai sepuluh orang anak. Tidak seorang pun dari mereka yang pernah saya cium ." Rasulullah s.a.w. memandang kepadanya, kemudian berkata: "Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi!"
Labels:
parenting
Friday, September 4, 2009
xxxxxxxiv - Asal-Usul Solat
SUBUH:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi.. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.
Rakaat pertama :- Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua:- Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.
ZOHOR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s.,iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.
Rakaat pertama :- Bersyukur bagi penebusan .
Rakaat kedua :- Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya .
Rakaat ketiga :- Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah.
Rakaat keempat :- Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.
ASAR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:
Rakaat pertama :- Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua :- Kelam dengan air laut .
Rakaat ketiga :- Kelam dengan malam.
Rakaat keempat :- Kelam dengan perut ikan Nun .
MAGHRIB:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu:
Rakaat pertama :- Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua :- Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga :- Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.
ISYAK:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir.Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
Rakaat pertama :- Dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua :- Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga :- Dukacita terhadap Firaun...
Rakaat keempat :- Dukacita terhadap anak Firaun .

Wednesday, September 2, 2009
xxxxxxxiii - Dilema
Huhu.. sungguh ku di dalam dilema
pada stok susu yang nak abes dah tak lama
segala usaha telah di cuba
akhir sekali berdoa pada Yang Esa
moga dilimpahkan rezeki yang ada
untuk santapan anakanda tercinta...
pada stok susu yang nak abes dah tak lama
segala usaha telah di cuba
akhir sekali berdoa pada Yang Esa
moga dilimpahkan rezeki yang ada
untuk santapan anakanda tercinta...
anakanda tercinta.. smiley face adik..
NOW..
still thinking
do i have to make another investment
from using this model
NOW..
still thinking
do i have to make another investment
from using this model
Labels:
breastfeeding
Tuesday, September 1, 2009
xxxxxxxii - M E R D E K A !!!
Dah masuk bln 9 upanya.. kejap jer masa berlalu.. maknanya dah selamat juga negara kita menyambut ulang tahun kemerdekaan yg ke 52. sambutan kebangsaan yang sederhana tapi meriah selama 40minit di peringkat kebangsaan.. kesederhanaan yang disebabkan oleh wabak H1N1 yang melanda dan jatuhnya ulangtahun kemerdekaan pada tahun ini di bulan ramadhan.. MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! Itulah kalimah agung yang dilaungkan oleh para pejuang nasionalis kita 52 tahun yg lalu bila berjaya membebaskan tanahair tercinta daripada cengkaman penjajah.. Hanya mereka yg tahu pahit maung hidup di zaman penjajah..
Alhamdulillah, mummy bersyukur kerana mummy dilahirkan sebagai anak merdeka. Dan syukur juga anak2 mummy turut menyambung status ini. Tidak perlu bersusah payah merasai kesusahan & kesukaran hidup di zaman penjajah yang serba-serbi dhaif. Semoga kemerdekaan yang diperolehi akan berkekakalan hingga ke generasi akan datang berzaman-zaman lg. Kemerdekaan yg dimaksudkan bukanlah hanya pada bebasnya tanahair drpd penjajah, tetapi meliputi segala aspek kehidupan. Bebasnya minda daripada pengaruh barat, bebasnya akhlak2 remaja daripada anasir2 barat dan bebasnya fesyen2 pakaian ala2 imej barat. Semoga anak2 mummy akan membesar dengan imej yang MERDEKA sepenuhnya di zaman yg penuh mencabar ini. InsyaAllah..
Hari Kemerdekaan setiap tahun pada 31 Ogos juga mengingatkan mummy pada birthday pak menakan aka pakndak yg dilahirkan pada 31 Ogos 1967. HAPPY BIRTHDAY KE 42 Pakndak !!!

general
Subscribe to:
Posts (Atom)