Friday, September 30, 2011

xx - List three jobs you'd consider pursuing if money didn't matter..

As per requested by Mr. Faiz thru his entry
here goes my lists :

1. Guru Al-Quran
thru this job, 
I force to polish my knowledge to read Quran, 
understand its meaning and
also improve tajwid



2. Interior Designer
so that I can design my dream 'baiti jannati
to fullfill my desire..



3. Fulltime housewife
so that I can fully keep my eyes
special to my kids





done!
:-)

xix - Back 2 School..

Last week mummy dah start class balik
officially start patutnya18 Sept. 2011
Tapi sbb public holiday 16 Sept. fall on Friday
makanya need replacement on Sunday la
owh.. very lazy to attend class
after semester break since June lagi
lagi best stay kat umah
melayan anak2 kecilku..
tp dah half way go thru
have to complete it la..

mummy dah masuk 5th semester
ambil 2 subject jer
Decision Analysis with visiting prof. from Baghdad
and Managing Change & Communication with Madam Caroline from Philippine
Only 7 student in MCC class and the best is all ladies..
This Madam is very interesting
She teach with full of expressions like actress
hehe..
this semester class mummy on Sunday
so Saturday boleh la lepak2 kat umah with family
hope mummy will success for this Master
bcoz DA quite a tough subject

Thursday, September 29, 2011

xviii - Ngah Mah

Innalillahi Wainna Ilaihi Rhooji'uun..
Tanggal 28.09.11 jam 11pm
Ngah Mah telah kembali ke rahmatullah di Hosp. Kulim
dan disemadikan di Sg. Limau, Yan

Hari ni mummy masuk opis dah pukul 1220
excuse sat sebab pergi ngunjung jenazah Ngah Mah di Sg.Limau
semoga arwah tenang di sana..
dan semoga mummy akan sentiasa beringat dan bersedia
yang MATI akan datang menjemput kita bila2 masa sahaja..
Ngah Mah meninggal di usia 60 tahun.

Ngah Mah jiran depan umah seberang jalan n sungai
tapi mummy agak close ngan dia walaupun takde pertalian darah
Ngah rajin melayan budak2
semua budak2 suka kat dia
tapi sayangnya ngah tak dikurniakan anak
dia hanya dikurniakan seorang anak angkat lelaki
sekarang dah berumur 34 tahun dan 2 org cucu

Time kecik2 dulu masa umur 8 9 tahun
time hujung minggu n cuti sekolah
mummy suka p lepak2 n sembang2 kat umah ngah
ngah rajin dok melayan mummy sembang
pastu kalau ngah nak ke pekan alor setar
mummy mesti nak ikut sekali
dgn berbekalkan duit poket rm10 or rm20
disebabkan kampung mummy yg jauh dari pekan
perjalanan jadi sungguh jauh
kena kayuh basikal 5 6km ke tempat tunggu bas
pastu tunggu bas yg 1hour interval
bas yang akan berhenti sepanjang jalan bila orang nak naik
dalam sejam jugak la baru boleh sampai alor setar tu
tapi dah nama pun budak2 tu
kira seronok jer la time tu..

bila time musim menuai padi lak
mummy selalu join ngah mah cari ikan kat lopak2 bendang
pastu ikut jugak ngah n budak2 lain kirai padi
kirai padi ni mean kutip padi yang balance2 mesin padi tinggal tu
padi yang tumpah2 atas jerami tu
ala2 pepatah sikit2 lama2 jadi bukit
sapa yang rajin tu at last boleh gak penuh seguni besar kampit baja tu
mummy ni tolong nyibuk n meramaikan majlis jer la
time tu warna kulit hitam berkilat takyah ckp la
dah hari2 dok berjemur panas tgh bendang.. hehe

lagi satu memori yg mummy takleh lupa
mummy suka pegi sekolah awal2
mummy dah start pegi sekolah kayuh basikal sendiri 
since standard 1 lagi
masuk tahun 3 n 4
pukul 6.45 mcm tu mesti dah kuar umah
kayuh basikal dlm 15min camtu sampai la sekolah
kiranya lebih kurang antara org plg awal sampai sekolah la
time tu anak ngah, abg nazri pun pegi sekolah awal jugak
so time ngah kuar antar abg nazri kat tepi jalan
opah pun kuar antar mummy jugak
so mcm ada geng jugak la mummy kayuh basikal dlm kegelapan pagi tu
pastu opah n ngah akan sembang2 la dulu
petang2 ngah sure dtg jln2 kat umah sembang2
kalau byk hari tak nampak ngah
or ngah tak dtg jenjalan kat umah
mesti mummy p jenguk ngah kat umah dia

tak ingat dah bila
n mummy pun kat mana pun taktau time tu
johor ke.. kl ke..
ngah lie (ali) passed away
n ank ngah abg nazri pun dah kawin tp stay kat kuala kedah
tinggal ngah sorang diri jer kat umah dia
so adik beradik n relatives dia ajak dia balik 
stay kat kampung Sg.Limau
tak lama lepas tu
ngah bertemu jodoh n kahwin lagi
dengan org kulim n stay kat sana sehingga ajal
mummy sempat pegi kenduri kahwin ngah
2 3 taun lepas rasanya
time tu mummy baru dapat along jer
tp frust sbb tak sempat jumpa ngah
dah di bawak balik umah hsbd dia
masa ngah stay kat kulim pun
mummy tak sempat nak pegi jalan2 umah dia

last jumpa ngah
last year @ 2010 rasanya kalau tak silap
time ngah balik kenduri kahwin anak org kt kampung gak
orang yg sewa umah yang ngah tinggal tu..
Ngah Mah in memories...
Al-Faatihah..








Wednesday, September 28, 2011

xvii-Ujian Berganda..

tak settle lagi pasal adik
ngan kes sakit mulut pagi jumaat tu
balik kejer ptg jumaat tu
ambik adik kat umah mak tok
mak tok gitau adik jadik bisul lak kat pinggang
huhu..
mummy dah aware ada biji merah kecil tu dah 2 3hari dah
ingatkan biji ruam biasa jer
taktau lak kata nak jadi bisul
maktok ckp dah sapu kapur ngan madu lebah
bagi cepat dia masak n kecut
balik umah mummy n opah pun sapu lg kapur ngaan madu lebah
kot2 yg maktok sapu tu abis lekat kat pampers
by time maghrib tu
adik meraung n meronta2
mau sakit sgt2 kot
rupa2nya tok ayah ckp
campuran kapur n madu lebah tu
mmg sakit berdenyut2
maybe tgh kumpul darah n nanah pe suma kot
gitau daddy, terus daddy ajak bwk p klinik
pastu kat kepala adik pun macam ada biji kecik n nanah gak
so, dgn sakit mulut lagi
biji kat kepala tu
effect dahi adik dah panas dah
bisul kat pinggang lak
pun buat adik panas badan lagi
campur 3 sakit tu sekaligus
automatik badan adik panas n demam
bawa adik pegi poliklinik keluarga
doctor bagi ubat demam, tahan sakit n antibiotik
juga cream utk sapu
alhamdulillah.. mlm tu adik leh tidur nyenyak


 adik pas meraung n meronta sakit lebih kurang 15-20minit

 tgh wait mummy n daddy nak pegi klinik

 adik yang keletihan. terus tertido sambil wait mummy bersiap


petang sabtu
bisul adik dah masak ranum..hehe
mummy check tgk, nanah dah nak kuar
so terus bagi daddy process..



cian adik..

as at today
pagi tadi mcm dah kecut sikit
tapi still bengkak keliling tu tak hilang lagi
antibiotik pun lum abis makan lg
tiap2 kali makan ubat 
mesti adik nangis 
tak sedap kot..
tu yg mummy pun cam kesian jer nak suap ubat
tapi adik kena habiskan jugak antibiotik ni
adik kena sabar sikit..

xvi-Seluk Mulut

pagi jumaat dok sibuk2 nak siap p kejer
adik mcm biasa la..
morning baby..
dah siap sedia celik mata pun
pas tu dok 'bok' pulak
terus mummy mandikan dulu la..
sekali terperasan putih2 dlm mulut adik
rupanya adik dah kena sakit mulut
tapi lum byk lagi
so, terus ajak daddy p seluk mulut
kat pakcik yg jugak dah seluk mulut
along n angah before ni
kena ulang 3x seluk mulut ni

as at today
sakit mulut adik mcm dah clear
ada saki baki putih2 tu sikit2 lagi jer

kesian hencem boy mummy ni..

Tuesday, September 27, 2011

xv - Along's Graduation Pic 2011

sedar tak sedar
dah dekat setaun jugak
along attend tabika kemas kat kg putat
6 bulan pertama tiap2 hari makndak kena masuk belajar sekali
masuk bulan july ok dah
dah boleh tinggal n belajar sekali ngan budak2 lain dah
tabika ada amek graduation pic utk budak2 lain
so along pun join sekali even baru 4taun pun
so, lagi 2 round la along boleh convo
before masuk school for standard 1

 mummy malas nak scan.. snap direct jer
abaikan light reflection tu..

 ni along yang snap sendiri

 along 4 years old by this 30th october

 mcm tak caya lak along boleh ambil gambar serius camni
selalu kalau mummy snap mesti mcm2 peel..

my handsome boy.. at first daddy cakap along pun
dok cakap tu bukan gambar dia..

Friday, September 23, 2011

xiv - 4months @ 6kg

hari rabu @ 21st sept
mummy & teh bawa adik pegi monthly check up
weight adik naik dari 5.7kg last month to 6kg
adik also kena inject for 3months
apsal lambat & delay sebulan ni?
huhu.. last month sbb skin adik mcm rashes
 after dah bawak pegi klinik
alhamdulillah.. dah ok
tapi still kena apply cream jugak lagi

adik tgh wait turn kat klinik
macam2 aksi dah sbb boring kena wait lama

siap menguap sbb dah ngantuk..
time dah sampai turn nk kena inject tu
adik dah siap nk terlena dah..

xiii - Dah boleh meniarap..

monday lepas mummy bz ngan tender kat opis
pukul 10pm lebih baru sampai rumah
so, tuesday tu boleh la excuse masuk lambat sikit

pagi selasa tu
mummy dok melayan adik debab ni je la
before ni maktok dok cakap adik dah boleh meniarap
so, pagi selasa tu adik wat show kat mummy pulak
so betulla adik dah expert menerap ni
adik advance sikit kot dari along n angah 
time ni adik lg 2 hari baru nak cukup 4 bulan

then, mummy record video adik meniarap lak
tapi error kat mana ntah
takleh nk upload kat sini

adik busyuk muka tak mandi lagi

just do it mummy! hehe

adik terlentang keletihan after video recording session

cian adik kena bully ngan mummy..
nak test n approve skill meniarap adik.. hehe

xii - Bersangka Baik Demi Cinta..

Usia perkahwinan sudah lebih tiga puluh tahun. Mereka sudah punya tiga orang cucu. Namun siisteri meluahkan rasa hatinya dengan berkata, “saya sudah letih berdepan dengan kerenah suami. Sikap sambil lewanya sangat memeningkan kepala. Saya benar-benar berada di persimpangan, ingin minta agar perkahwinan ini dibubarkan atau meneruskannya. Apa pandangan saudara?”
“Teruskan perkahwinan,” jawab saya dengan pasti. Saya teringat ungkapan lama yang menjadi pegangan diri sejak dahulu. Ungkapan itu berbunyi: “Jika sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan. Tetapi jika jalan sudah benar namun pelbagai masalah menghalang, jangan berpatah balik, teruskan perjalanan!”
“Mengapa pula?” tanya siisteri.
“Jika puan boleh sabar selama 30 tahun, hanya ada beberapa tahun sahaja untuk terus bersabar. Umur kita tidak lama. Sabarlah dalam bersabar. Yang penting cubalah positifkan pemikiran dan perasaan. Puan di jalan yang betul, cuma rintangannya ada. Puan mesti atasi dan teruskan perkahwinan ini. ”
“Saudara cakap senang tetapi bagaimana hendak terus positif jika dia terus bersikap negatif?”
Saya senyum. Ya, tulisan kali ini saya tujukan untuknya dan untuk saya juga serta untuk kita semua. Sebenarnya pemikiran yang betul adalah syarat untuk kita bersikap positif. ‘Right mental attitude’ sangat penting dalam melayari bahtera rumah tangga. Sikap yang betul perlu untuk menghadapi cuaca rumah tangga yang tidak menentu. Bagaimana untuk tenang dan bahagia di dalam diri tidak kira apa yang sedang dihadapi di luar diri kerana apa yang lebih utama ialah ‘what happens in you’ bukan ‘what happens to you.’
Untuk mengekalkan cinta perlu ada sikap positif. Tanpa sikap yang positif, cinta akan terbarai dan kebahagiaan akan berkecai. Berikut adalah beberapa langkah praktikal untuk membina pemikiran yang positif seterusnya membentuk sikap yang positif:

i) Fokus pada tanggung jawab, bukan menuntut hak.
Punca hati tidak tenang dan hilang kebahagiaan dalam hidup kebanyakannya manusia ialah perjuangannya untuk mendapatkan hak. Manusia sering marah dan mengeluh dengan berkata, “aku sepatutnya tidak dilayan begini.” Dalam kebanyakan situasi, kita sering tidak mendapat apa yang kita jangkakan dan harapkan. Betul bukan? Selagi kita hidup kita akan alami pelbagai situasi yang mana susu yang kita berikan tetapi tuba kita terima sebagai balasannya.
Di dalam rumah tangga jangan mengharapkan kesempurnaan pada pasangan kita. Bunga yang kita berikan, jangan mengharap bunga sebagai balasannya. Tetapi apakah kerana tidak mendapat balasan lalu kita berhenti menghulurkan kebaikan? Jangan! Fokus pada tanggung jawab – sebagai suami atau isteri kita dituntut oleh syariat untuk melaksanakan tanggung jawab. Tunaikan hak pasangan kita itu lebih utama daripada kita menuntut hak kita. Ah, apakah ini bererti kita akan terus menjadi mangsa?
Jawabnya, tidak. Kita akan lebih tenang, percayalah. Adalah tidak bijak untuk terus membuang masa dan tenaga memikirkan tentang apa yang sepatutnya berlaku berbanding apa yang perlu dan patut kita lakukan? Ramai orang terseksa dengan kekecewaan dan geramkan pasangannya yang sepatutnya berbuat begini atau begitu… Pada hal, pemikiran yang negatif itu akan memburukkan lagi keadaan. Yang penting fokus kepada apa yang aku boleh lakukan untuk melaksanakan tanggung jawab ku.
Katalah dalam satu pertelingkahan dan kita berada di pihak yang betul dan benar, itu pun bukan jaminan untuk kita dimenangkan dan dibenarkan.  Acap kali pihak pasangannya kita terus berusaha menegakkan benang yang basah. Apatah lagi bila egonya tercabar. Lalu sikap kita bagaimana? Jangan berterusan menuntut hak. Jangan memendam rasa dengan mengecam bahawa keadaan itu tidak adil. Ingatlah, berterusan memperjuangkan kesempurnaan dalam dunia (termasuk rumah tangga)  yang tidak sempurna ini hanya akan menjerumuskan kita ke lembah dendam, marah, kecewa dan kemurungan.
Rasa-rasa yang negatif ini akan ‘menyedut’ tenaga, keceriaan dan akan menyebabkan kedutan pada wajah kita. Kesannya, kita akan ditarik ke belakang. Malah kita akan ditolak ke lorong yang salah dalam kembara kehidupan yang penuh ujian ini. Untuk bergerak ke hadapan dan terus memburu kemajuan dalam diri agar lebih bahagia dan tenang dalam hidup… kita perlu tinggalkan segala keegoan, kepentingan, ketakutan dan sikap tidak memaafkan.
Semua itu hanya boleh dicapai apabila kita fokus kepada tanggung jawab dan selalu berfikir tentang apa yang perlu aku lakukan berbanding dengan apa yang sepatutnya dia (pasangan kita) lakukan. Tumpukan kepada apa yang boleh kita kawal, yakni tanggung jawab kita bukan pada sesuatu yang di luar kawalan kita yakni hak kita yang ada pada kawalan pasangan kita.
Ironinya, mereka yang berjaya melaksanakan tanggung jawab dengan baik sering mendapat haknya sebagai balasan. Dan kalau mereka tidak mendapat balasan daripada pasangannya pun, Allah akan memberikan ketenangan dalam hati mereka seperti mana ketenangan yang dirasai oleh Siti Asiah isteri kepada Firaun.

ii) Sering berdamping dengan orang yang positif.
Siapa kita lima tahun akan datang dicorakkan oleh dengan siapa kita bergaul dan buku apa yang kita baca. Begitu ditegaskan oleh orang bijaksana. Dengan siapa kita meluangkan masa kita sangat menentukan sikap kita. Kata pepatah, burung yang sama bulu akan terbang bersama. Rasulullah s.a.w menegaskan, agama seseorang ditentukan oleh temannya.
Justeru, berhati-hatilah memilih orang untuk kita dampingi. Jauhkan ‘toxic people’ yang sering menusuk jarum-jarum umpatan, adu domba dan rasa pesimis dalam melayari kehidupan berumah tangga. Pernah kita jumpa orang yang sentiasa mengeluh? Asalkan berjumpa sahaja mulalah dia mengeluh tentang badannya yang tidak sihat, dia sering ditipu, dia dilayan dengan buruk sampailah ke rumahnya yang sempit… Apa yang anda dapat daripada orang yang begini?
Oleh itu jika jiran, teman atau kenalan kita ialah dia yang tidak ‘melahirkan’ sesuatu yang baik dan positif daripada diri anda, mengapakah tidak kita buat sedikit perubahan atau penyesuaian? Kita berhak untuk meletakkan satu jarak yang agak jauh untuk tidak dijangkiti oleh sikap negatifnya. Ingat, teman rapat kita ialah mereka yang membantu kita mengeluarkan yang terbaik dari dalam diri kita. Kaki umpat, mengeluh dan menghasut hakikatnya bukan sahabat kita walaupun kelihatan dia baik dengan kita! Ingat pepatah Melayu lama – sokong yang membawa rebah.

iii) Jadikan sekarang masa paling gembira.
Jika orang bertanya bilakah masa yang paling gembira dalam hidup berumah tangga kita, jawablah, “sekarang!” Usah berpaling ke belakang dengan mengatakan semasa mula-mula kahwin dahulu atau melangkau ke masa hadapan dengan berkata, “bila anak-anak sudah besar dan hidup lebih stabil.” Dengan berkata demikian kita telah ‘membunuh’ potensi hari ini.
Ya, memang kita mula-mula kahwin dahulu kita gembira, tetapi rasa gembira itu hanya pada waktu itu. Dan waktu itu telah berlalu. Kita hanya hidup pada masa ini bukan pada masa lalu. Justeru, jadikanlah masa ini masa yang paling gembira. Hiduplah untuk hari ini kerana semalam sudah berlalu dan hari esok masih belum tentu. Inilah yang dipesankan oleh Rasulullah s.a.w, jika kamu berada pada pagi jangan menunggu waktu petang dan begitulah sebaliknya. Kita hanya akan meletihkan diri sendiri jika cuba hidup dalam tiga masa – semalam, hari ini dan esok!
Jangan biarkan tragedi masa lalu menyengat kita berkali-kali dengan mengenangnya selalu. Sebaliknya, carilah pengajaran yang kita dapat daripadanya dan selepas itu terus lupakan. Juga jangan sentiasa diingat-ingat saat gembira masa lalu kerana itu hanya memori dan itu bukan lagi realiti yang sedang kita hadapi masa kini. Sebaliknya, carilah apakah ‘resipi’ yang menghasilkannya dahulu dan mari dengan itu kita ciptakan kegembiraan baru hari ini!

iv) Cari jalan untuk mengatasi stres.
Stres akan menyebabkan keletihan dalam pemikiran dan perasaan yang lama-kelamaan akan membentuk sikap yang negatif. Oleh itu para suami atau isteri mesti menemukan cara untuk mengawal stres. Antara kaedah terbaik ialah dengan melakukan aktiviti fizikal, hobi atau minat kita. Boleh jadi dengan berkebun, menenun, membaca, berjoging atau bersukan. Lepaskanlah geram, kecewa dan marah kita kepada aktiviti yang menyihatkan dan menceriakan.
Jangan tahan jika anda hendak ketawa, berlari atau melompat sepuas-puasnya. Bebaskan diri daripada belenggu tekanan dan masalah yang menghantui hidup anda. Dengan aktiviti yang aktif dan perlakuan yang memerlukan konsentrasi mental, fikiran, jiwa dan emosi kita akan melalui tempoh ‘pause’ atau istirahat. Lupakah kita bahawa Rasulullah saw berlumba lari dengan isterinya?
Ini akan memberi kekuatan untuk kita meneruskan kehidupan dengan lebih baik. Kita akan dapat melupakan seketika masalah yang kita hadapi… bukan untuk eskapisme tetapi untuk kembali menanganinya semula apabila jiwa kita segar, fikiran kita tenang dan emosi kita telah kembali stabil.

v) Jangan terlalu serius.
Kehidupan berumah tangga ialah sesuatu yang serius tetapi perlu dijalani dengan tidak terlalu serius. Jalanilah kehidupan dengan sedikit gurau senda dan berhibur. Siti Aishah pernah meletak dagunya di bahu Rasulullah s.a.w untuk melihat tarian orang Habsyah.  Hiburan umpama garam dalam masakan. Tidak perlu terlalu banyak, tetapi cukup sekadar keperluan untuk memberi rasa yang enak. Ya, sedangkan Rasulullah s.a.w lagikan bergurau dengan isteri-isterinya, mengapa kita tidak?
Memang banyak perkara yang penting dan kritikal perlu kita selesaikan, tetapi itu tidak menghalang daripada kita berjenaka dan bergurau senda seadanya dengan pasangan kita. Insya-Allah dengan unsur-unsur humor dalam rumah tangga kita, hubungan kita suami isteri akan lebih kukuh dan kita akan mampu bergerak lebih jauh untuk menghadapi cabaran dalam rumah tangga. Ternyata mereka yang menangani kehidupan dengan ceria menjadi individu yang lebih berjaya menyelesaikan konflik dalam berumah tangga seterusnya membina rumah tangga bahagia.
Apabila rumah tangga kelihatan malap atau ‘sindrom bisu’ mula melanda, cepat-cepatlah ubah suasana luaran itu dengan mengubah suasana dalaman kita dengan empat cara yang dicadangkan ini. Insya-Allah, yang penting bukan apa yang kita lihat tetapi bagaimana kita melihatnya. Orang yang positif akan sentiasa melihat sisi positif pada pasangan dan keadaan yang sedang dihadapinya… Mereka sahaja yang layak bahagia kerana sentiasa berfikir untuk membahagiakan orang lain. Sebaliknya orang yang negatif, hanya akan menyeksa dirinya dan membosankan pasangan hidupnya!
Kesimpulannya, bersangka baiklah walaupun kekadang keadaan tidak sebaik yang kita sangkakan. Bukan menafikan realiti, tetapi demi ketenangan hati. Orang yang buruk sangka akan tersiksa dua kali, pertama oleh sangkanya atas keburukan yang belum terjadi. Kedua, oleh derita hatinya apabila yang buruk itu telah benar-benar terjadi.
Apabila kita bersangka baik, hati akan menjadi lebih tenang. Kita punya tenaga dan upaya untuk menghadapi ujian hidup apabila kita hadapinya dengan tenang. Ya, mungkin kita tidak mampu mengubah keadaan, tetapi sekurang-kurangnya kita punya kekuatan untuk menghadapinya. Pada hal yang buruk dan sukar itu kekadang hanya seketika, atau boleh jadi yang buruk itu… tidak buruk sama sekali. Ada hikmah yang tersirat di sebaliknya. Ada kebaikan yang tersembunyi di belakangnya. Begitulah hidup… satu siri misteri yang tidak dapat ditebak dan diduga. Pernah kita membayangkan suami atau isteri kita yang ada ini sebelum ini? Kebanyakkannya tidak! Bercinta dengan orang lain, berkahwin dengan orang lain. Itulah misterinya takdir…

Apa yang perlu kita lakukan… bersyukur dengan apa yang ada. Bila bersyukur Allah tambah nikmat. Bersyukurlah dengan pasangan yang ada, Insya-Allah, Tuhan akan menambah kebahagiaan kita. Kalau dia tidak berubah perangai, kita pula yang Allah kurniakan kesabaran untuk menghadapi karenahnya. Itu juga satu anugerah bukan? Ya, kata bijak pandai, “jangan minta hidup yang mudah tetapi pintalah hati yang tabah untuk menghadapinya!”

taken from ustaz pahrol

Monday, September 5, 2011

xi : Citer raya 2011

angah complete berbaju raya
peach color utk tahun ni
sedar tak sedar
rupa2nya ini jer gambar raya utk tahun ni
huhu.. sungguh sedih..
this year turn raya umah MIL @ gunung keriang
since petang ramadan 29 dah balik gunung n berbuka kat sana

malam raya yg tragis
berjaga dari 230 sampai subuh
angah gatal takleh tido..
then, org lain sibuk pegi masjid
mummy ngan anak2 baru pakat tido
after daddy balik masjid
baru la turn mummy plak sembahyang raya sorang2
huhu..

raya taun ni pun tak pegi memaner..
1st day jalan2 umah jiran jer
2nd day dalam pukul 4 baru kuar umah
pegi umah SIL @ makngah
then terus balik umah Pida
3rd day siang lepak umah
malam baru pegi kenduri umah member daddy
4th day balik umah gunung pulak
malam balik umah pida balik
5th day lepak umah jugak
6th day daddy dah start ngajar
mummy kuar jitra servis keter
then lunch date ngan daddy kat marrybrown changlun
itu jer rentetan syawal 2011 ni