semalam @ 23rd october
adik dah genap 10months
here is adik's milestones up to this age
- latest weight tunggu 28hb nanti. last weight @ 9mos is 6.5kg
- gigi lum nampak bayang lg. takpe lambat tumbuh pun. takyah mummy dok risau2 adik gigit2 time nyusu
- adik dah merangkak dah. ingtkan adik dah skip merangkak. sbbnya by 5months baru adik meniarap,pastu lebih kurang 7months baru menyuluq. at 9months adik dah start berdiri smbey bergantung2 kat benda lain. nak gerak still menyuluq lg. awal this week rasanya baru adik start merangkak. sekarang adik dah boleh berjalan meniti2 smbey bergantung kat benda lain. tp still terhinggut2 time berjalan tu.. hehe..
- still fully breastfeed tp dah tak nak ebm. nak direct bf dr mummy jer..
- suka betul nak main2 n berkawan ngan along. tp along lak cukup anti ngan adik. pantang adik dekat sikit mst nak belasah jer.. ketuk kat kepala la sasaran plg utama dia. mmg always kener monitor 2 badik ni. mmg sedetik pun takleh tinggal tanpa di awasi. kang nanti mesti dgr adik meraung. huhu
- adik dah pandai tunjuk dia nyer keinginan n show his feeling. kalu dia tgh pegang something, skali along dtg rebut, confirm meraung kuatnyer. then, kalu dia tgh merangkak nk pegi ke mana2, kita angkat dia, terus meraung gak.
- suka nangis n meraung kuat2.. huhu
- mulut adik sekarang dah tak reti diam. mumbling sepanjang masa.. taktau la apa yg dia dok bebelkan..so cute..
- adik cukup pantang kalu mummy ada kat umah tp tak layan dia. confirm meraung..bila mummy dok bersila jer kat situ, senang ati jer dia p dok main. kalu nmpak mummy jln merata, dia pun mula la tak senang duduk..
- nak tido celah ketiak mummy jer.. (mummy lak nak tido celah ketiak daddy jer.. hikhik..) kalu terjaga tp mummy takde confirm meraung lg.
- adik makan bubur nasi + sayur2 3x shari since tak nak ebm time mummy kejer
- adik dah paham simple2 instruction like suh angkat kaki time bukak seluar or mintak something yg dia pegang
- takut sejuk time mandi tp tak nangis pun. suka lompat2 time mandi. susah betul kalu nak mandikan or basuh berak adik kalu sorang2
- active bergerak merata tempat dah skrg. takleh nak duduk diam barang seminit. nak nyusu pun kadang2 tak sempat. asyik sibuk nak main jer tambah2 kalu nmpak along dok main or pegang something.
- hobi yg paling adik suka buat skrg ni is bila dok atas katil lam bilik, suka campak all the things yg dia jumpa atas katil ke celah2 ruang between katil n dinding. brg2 tu such as handphone mummy/dady, remote aircond, remote fan, botol2 kecik, keys n etc. jenuh mummy mengecikkan tangan nak hulur kutip balik brg2 tu. nasib baik la tgn mummy slim lg. kalu tgn daddy confirm tak muat dah. hehe..
- suka dgr n tgk CD nasyid islamic kanak2.. tekun jer dia tgk.. tp skrg sejak dah dpt kaki n berdiri ni dah kurang concentrate dah sikit.
tu je la kot yg mummy ingt setakat ni.
nnt bebila ingt lg or ader milestones baru, mummy update lg.
No comments:
Post a Comment