Monday, September 7, 2009

xxxxxxxv - 'Amanah Allah'

Sabda Rasulullah SAW : 
"Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah. 
Kedua orang tuanyalah yang menjadikannya nasrani, yahudi atau majusi."

Kata-kata seorang pakar psikologi kanak-kanak yang selari dengan sabda Rasulullah SAW : "
Berikan kepada saya 10 orang bayi yang sihat... 
dan saya akan jadikan mereka Peguam, Doktor, Pencuri atau Peminta Sedekah". 

Moral : kanak-kanak mampu dibentuk menjadi apa sahaja... 
Kajian para ulama dan pakar mendapati lebih 70% keperibadian anak-anak sebenarnya dipengaruhi daripada apa yang dia lihat dan belajar dari ibu bapanya. Selebihnya barulah kesan dari pengaruh-pengaruh lain di sekitarnya.  
Langkah yang digariskan oleh Rasulullah SAW yang menyatakan ada empat tahap mendidik anak iaitu:

  • TAHAP PERTAMA - Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (~6 tahun). Hendaklah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang.

  • TAHAP KEDUA - Anak berumur 7 tahun sehingga baligh (~14 tahun). Hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, displin dan beri tanggungjawab.

  • TAHAP KETIGA - Anak berusia 15 tahun hingga dewasa (~21 tahun). Hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi tidak bertentangan dengan syariat.

  • TAHAP KEEMPAT - Anak berusia lebih daripada 21 tahun. Hendaklah para ibu bapa memberi mereka kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat. Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakan mereka terkawal. 
Begitulah pendekatan yang digunakan oleh junjungan besar kita. Malah kita semua sedia maklum bahawa Rasulullah SAW merupakan seorang insan yang sangat-sangat kasihkan kanak-kanak. 

Elak daripada memarahi atau menjerit pada anak kerana ini tidak akan membantu. Sebaliknya ia akan memberikan kesan yang buruk terhadap perkembangan psikologi anak-anak yang ditengking dan dijerit itu. Berbuallah dengan anak dan terangkan kenapa dia tak boleh atau tidak dapat melakukan sesuatu. Jika anak mengamuk kerana tidak dapat melakukan sesuatu tugasan atau permainan, cuba beri tugasan atau permainan lebih mudah atau bantu anak untuk mencapai objektifnya. Memberi pelukan dan ciuman kasih sayang juga membantu.

Kesimpulan
Lengkapkan diri kita dengan ilmu untuk menjadi ibu bapa yang terbaik 
untuk "amanah Allah" yang telah dikurniakan kepada kita. 
Ia boleh ditimba melalui buku-buku, kursus keibu bapaan pelbagai sumber lain. 
Peningkatan ilmu ini perlu sebagai pelaburan kita
untuk melindungi dan menyuburkan aset paling berharga... 
iaitu anak-anak kita.

Yakin dan percayalah... 
anak yang cemerlang lahir dari ibu bapa yang cemerlang 
INSYAALLAH..

Dari Abu Hurairah r.a., katanya:
Rasulullah s.a.w. mencium Hasan bin Ali. Ketika itu disampingnya duduk Aqra' bin Habis. Al Aqra' berkata: "Saya mempunyai sepuluh orang anak. Tidak seorang pun dari mereka yang pernah saya cium ." Rasulullah s.a.w. memandang kepadanya, kemudian berkata: "Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi!"

No comments: